Thursday 20 September 2012

yummy....


kalo kepala terbayang kek...sini la kot tmpt paling sesuai
kan? kan? kan?..apa kata survey???

wow!!! "alabama chicago milano", kata chef spice route.
leleh air liur koi...

nak sepotong ajer...

untuk saya hey!
untuk saya hey!

dinyanyikan dengan nada lagu 
'untuk dia' Najwa Latif tue...
sesuai kan? kan?

Wednesday 19 September 2012

'peace no war'

tiap kali amik gambo tangan mesti buat gitu...
'peace no war'
tengah2 dok asyik main tetiba koi panggil nak amik gambo, so terhasil ler gambo dengan muka boring nak layan mak dia. tak sesuai wooo. yang tak leh tahan tengah dok lari tue, tetiba kita kata nak amik gambo terus duduk dengan aksi tangan gitu...

Tuesday 18 September 2012

Rumah Pertamaku...

penantian satu penyiksaan...itu ler yang koi rasakan selama hampir 10 tahun. tapi ianya mungkin berakhir...

koi beli masa tahun 2003, bulan apa koi tak ingat. masa koi beli lum lagi terbina cuma iklan ajer. ikut perancangan tahun 2005 koi akan dapat masuk ler umah baru koi tu. tapi malang tak berbau, projek berhenti setelah hampir 75% siap. lama giler terbengkalai sampai last year bila wujud persatuan penduduk yang sangat bagus. depa berkerja keras siang malam untuk memastikan projek ini siap sepenuhnya. terima kasih tidak terhingga koi ucapkan pada depa semua.

koi last gi tengok umah ni lepas lahir anak ke-2 tahun 2006. masa tue terasa sangat frust dan pasrah. koi dapat rasakan umah ini mungkin bukan jodoh koi untuk menetap di situ. umah tu dah makin rosak dan dah ada hamba allah 'seberang' yang dengan selamba duduk dgn tarik api dan air dari taman sebelah. hati sangat sakit bila tengok depa duduk sesuka hati sedang koi bagai nak rak menanggung bayaran bulanan yang beratus ringgit...bengkak beb!!! masa tu koi ingat memang takde harapan dah..so koi malas nak pikio sangat. bulan2 tutup mata ajer duit terpotong di slip gaji tu. cuma berkata dalam hati ajer, dah allah kata duit tu bukan rezeki aku so aku kena redha ajer..since that koi tak dan malas nak tengok dah..

tapi sejak persatuan penduduk bergiat aktif mulai tahun 2011, nampak smua kerja yang terbengkalai di sambung semula oleh pemaju asal.  wakil penduduk akan update status kat FB taman kami untuk perkembangan terkini. sejak itu koi pun ada gak turun g tengok umah. usaha depa memang berbaloi sebab beza memang berbeza...depa memang HEBAT!!!! depa akan buat meeting hampir setiap minggu dengan pemaju dan KPKT. depa desak itu dan ini, depa usaha turun naik pejabat PBT tempatan untuk selesaikan masalah berbangkit mcm TNB, SYABAS dan IWK. semua sudah pun selesai...syukur!!!

terbaru sabtu lepas koi g ler tengok rumah pertamaku itu. Pintu pun dah berkunci dan kontraktor dah touch-up semua benda. meter TNB dah pasang, jalan pun dah di tarkan semula. wahhhh lega rasa hati ni....penantianku mungkin berakhir...

pastinya semua penghuni taman akan tersenyum puas insyaallah, majlis penyerahan kunci akan di adakan pada 30 September 2012.

Alhamdulillah dan syukur pada illahi....

tu eletrik pun dah sambung... 

no. 11 tau..

ni bilik utama 

nmpk tak ada tmn dlm umah..ni ruang tamu

tmpt tmn tu tak der bumbung pun..leh terjun umah jiran sebelah.

ni pintu pagar, anak2 tgh buat spot check gak tue...

kami kunci ler balik pagar tue..

pening tengok tmpt tak de bumbung tue, sbb nmpk duit....

ni jalan depan umah, luas gak la..

umah koi no 4 dari T junction...

jalan dari pintu masuk taman

jalan masuk ke taman belakang...

n last but not least...jalan ke umah ku.

itu ler kisah rumah pertamaku....moga impian tercapai. kalo bertahun koi leh sabo takkan 2 @ 3 bulan tak boleh kan???...

agak2 deme la...nak simpan ker nak jual yek. macam sayang lak kalo di jual tp nak simpan nak buat sakit kepala lak nak buat apa kan???.kalo jual ha ha ha ..(ketawa orang jahat...sambil menjerit makcik kayoooooooo...)

klinik kerajaan kajang

koi ada cite pasal anak2 demam mgg lepas. di mulakan dgn si kecil then menjangkit kepada kakak dia. depa lum sihat betul pun. kejap baik kejap mai balik panas badan. so nak cite ler jumaat lepas koi bawa depa g klinik kerajaan. Untungnya kat kajang ni klinik kerajaan akan bukak sampai 9malam. Orang pun tak ler ramai sangat. dan yang penting masa menunggu dari mendaftar hingga ambil ubat lebih kurang sejam. (eh!!lama ker pada koi ok la...)layanan dari staf kat situ pun mesra ajer bibir tak lekang dengan senyuman...tahniah korang n terima kasih koi ucapkan.

qaisara kena sedut gas sebab bunyi nafas tak cantik kata doktor n kahak banyak. lepas ajer sedut gas dia muntah kahak banyak giler. dia lak muntah dalam keta dengan koi sekali terbabit... lepas tu baru ler dengor nafas dia molek sikit, idok ler semput lagi. balqis lak doktor cuma bagi ubat ajer n sekali dgn vitamin tambah selera makan...semua hanya dengan RM1 ajer...

ini ler xtvt jumaat malam tue....gerak g klinik tu lepas maghrib balik umah lepas isyak tp sebelum subuh (leh gitu...he he he) dekat ajer tak jauh mana pun...

syukur pada allah rezeki di bumi MALAYSIA....apa lagi mau!!!

ramai orang tapi byk doktor so ok la....

dah ler kurus makin kurus cik kak nie...

relax ajer tgg tuk sedut gas...

salute ler no baby no cry...

selalu nangis tp kali nie
alah bisa tegal biasa kata org tua yek
alhamdulillah adam sihat n ramai orang tegur pasal badan dia yang naik selepas pose sebulan tu. dia macam lepas gian asyik nak makan. sampai kita kontrol sebab badan dia nampak bulat. tapi tak de lak gambo dia. di lain entri kot yek.

kat opis ..raya baru nie..


Friday 14 September 2012

raye tak abis2 yek...

taty dok nyanyi...

yeayyy!!!

makanan yang tersaji di gerai kami

kopitiam tue....HEBAT tak???

member seopis...meriah

bersama mat tarbus...

mcm R E A L erk...

mak-mak dara smua tu...

mai mai pakat pi pe kena...

dari jauh...

muka2 gumbira selepas MENANG

bergambo dgn gerai yang MENANG tue...

semalam....

semalam opis koi buat majlis jamuan aidilfitri
semalam kami beramai-ramai memeriahkan majlis tu
semalam memang meriah dan memang seronok
semalam lebih seronok dan berbaloi
semalam memang berbaloi penat lelah kami
semalam kami M E N A N G
semalam kami menang anugerah gerai hias
semalam walaupun kami menang NO. 2
tapi semalam kami puas hati dan kami gembira

nanti koi masukkan gambo gerai kami yang menang tue
tapi bukan semalam ler tapi esok-esok

tapi memang nak cakap gak
semalam memang BEST

itulah kisah S E M A L A M...
yang akan menjadi K E N A N G A N

Wednesday 12 September 2012

...sian dia....

2 hari tak datang kerja sebab si kecil demam panas sangat. Dah 2 malam dia tak boleh tidor dengan lena. Berbunyi dengusan nafas yang kuat. Dia demam dan batok beserta dengan selsema, leh kata pakej la. Sian tengok tapi alhamdulillah syukur dia tak meragam pun dan masih nak makan, main macam biasa.

Tengah2 malam dia terjaga sebab tidor tak lena dan resah ke kiri dan ke kanan. Bangun dok tepuk kita ' Ma, nak ain oto', kata dia. Yang kita ni 'Hah! nak main moto?,...hish macam2 (main moto dlm phone). Nak marah sian pulak so layan ajer la beb. Tapi koi lak memang tak leh lena langsung sebab risau sangat kat dia...jap bangun rasa panas koi mandikan lepas tu bagi makan ubat demam. Then bangun lagi rasa lagi...panas sangat so mandikan lagi. Dia pun layan ajer mama dia, tak nangis pun.

Tak pe mungkin dia demam sebab nak bercakap kot, sbb lately banyak patah perkataan dia bercakap dengan jelas tak pelat2 lagi.

salam sambil jeling camera beb macam terima anugerah yek...

Cepat sembuh yea....Q A I S A R A