Friday 28 December 2012

Hari Akhir

tahun 2012 sudah hampir melabuhkan tirainya, bermacam kisah suka dan duka ditempuhi di sepanjang tahun. bermacam perkara baru yang dipelajari dalam melayari kehidupan. moga yang baik jadi pelajaran untuk masa depan dan yang buruk dijadikan pengajaran sebagai panduan mengharungi jalan yang entah bila tiba ke penghujungnya.
hari ini hari akhir koi keja buat tahun ini, insyaallah kalo panjang umur dan diberikan nyawa oleh Dia yang maha berkuasa bertemu lagi di tahun akan datang.
minggu depan koi cuti sebab balqis ada orentasi untuk murid darjah satu. koi cuti sampai khamis kot. kalo tak malas hari jumaat mai la keja. Balqis ok aje kot g sekolah cuma yang koi risaukan macam mana nak pikul beg yang lagi besar dan berat dari badan dia sendiri....moga allah permudahkan semuanya...amin....

semoga berjumpa lagi pada tahun akan datang, dan moga masa depan adalah lebih baik dari masa yang lalu...amin.

peace no war
SELAMAT TINGGAL 2012

Thursday 13 December 2012

tarikh keramat

semalam ramai orang dok berebut tarikh comel yang terakhir abad ini iaitu 12.12.12. lepas nie no more tarikh berganda yang akan menjadi rebutan utk disemadikan sebagai kenangan terindah...ntah le pada koi sama ajer apa2 tarikh pun. tapi semua orang ada keinginan dan pilihan masing2, apa nak dikisahkan yek.

ini juga bermakna kita dah hampir ke penghujung tahun 2012 dan mungkin di penghujung jalan.. sape tau dok??? hanya allah yang lebih mengetahui. tapi yang kita semua mungkin tahu dan sedar ialah semakin lama kita hidup semakin hampir kita pada tarikh hujung nyawa kita. itu lumrah kehidupan...tapi bukan soal itu koi nak bebelkan.

koi nak cite pasal apa yang koi tahu dan mungkin semua orang tahu ....jeng...jeng jeng...cuti sekolah hampir tiba ke penghujungnya. so waktu senang lenang lepak melepak hampir tamat... ahhhhhhhhhhhh....jeritan hati koi (idok ler korang dengor) menandakan tekanan. fuhhhhh!!!

tekanan sebab jalan sesak dengan keta yang banyak...jam sana sini. kite dok ler rush mengejar masa sbb byk benda nak kena settlekan. lum buat lagi tp dh penat yek...anak2 plak dah kembali  ke sekolah so apalagi mak bapak yg berperang pasal keja sekolah ...itu ler dia rutin hidup...

senyum tak perlu kata apa-apa...walau dah berpatah kata kuar yek...

tapi sian gak kat bebudak sbb cuti sekolah kali nie langsung tak ke mana pun. ntah nape malas rasa nak merantau time cuti sekolah gini g mana2 sesak dgn orang n rege pun mahal. lain kali aje la kot yek...moga dipermudahkan yea..aminnnn

kat KLCC mgg lepas bergambar dgn kartun apa ntah....