Friday 28 December 2012

Hari Akhir

tahun 2012 sudah hampir melabuhkan tirainya, bermacam kisah suka dan duka ditempuhi di sepanjang tahun. bermacam perkara baru yang dipelajari dalam melayari kehidupan. moga yang baik jadi pelajaran untuk masa depan dan yang buruk dijadikan pengajaran sebagai panduan mengharungi jalan yang entah bila tiba ke penghujungnya.
hari ini hari akhir koi keja buat tahun ini, insyaallah kalo panjang umur dan diberikan nyawa oleh Dia yang maha berkuasa bertemu lagi di tahun akan datang.
minggu depan koi cuti sebab balqis ada orentasi untuk murid darjah satu. koi cuti sampai khamis kot. kalo tak malas hari jumaat mai la keja. Balqis ok aje kot g sekolah cuma yang koi risaukan macam mana nak pikul beg yang lagi besar dan berat dari badan dia sendiri....moga allah permudahkan semuanya...amin....

semoga berjumpa lagi pada tahun akan datang, dan moga masa depan adalah lebih baik dari masa yang lalu...amin.

peace no war
SELAMAT TINGGAL 2012

No comments:

Post a Comment