Friday 27 April 2012

Terima Kasih

Apabila kita rasakan kehadirannya, ianya bermakna kita memerlukannya

Maka hargailah kehadirannya, kerana pasti kewujudannya  amat bermakna

Ucapkan TERIMA KASIH andai kita menghargainya, kerana dengan itu kita lebih menyayanginya

Luahkan penghargaan itu dengan ucapan TERIMA KASIH seikhlasnya, kerana itu membuatkan kita tidak mahu kehilangannya.

Andaikan kita tidak merasakan hadirnya, tidak menghargai kewujudanya maka tiada luahan TERIMA KASIH dari bibirnya
pasti dunia akan sepi dengan rasa penghargaan dan hilanglah perasaan harga menghargai..

Ucapkanlah luahkanlah kerana ianya adalah sesuatu yang bermakna untuk kita mengamatinya...

Kerana andai tiada rasa itu, kita merasakan segala yang dimiliki tiada nilai di mata hati kita. 

Tepuk dada tanya akal.... 
kerana AKAL pasti berhujah sesuatu yang lebih ILMIAH dan lebih TERPANDU. 

Andai kita tepuk dada tanya selera. pasti SELERA akan pancarkan macam2 keinginan 

Keinginan JIWA dan luahan AKAL selalu bercanggah kerana rangkuman NAFSU kekadang lebih menebal. 

ALLAHUAKBAR harapan aku agar manusia lebih TERARAH dalam memikirkan erti sebuah perkataan

SEKIAN TERIMA KASIH


p/s : Sy ucpkn TERIMA KASIH kpd semua (setiap sesuatu) sbb kalian sgt berharga dan tdk mahu kehilangannya.

No comments:

Post a Comment