Aman
Aku terbayang taman
Aku terbayang kehijauan
Aku mengandaikan ketenangan
dan kedamaian
Tenang dan Aman
Aku terbayangkan lautan
Aku terbayangkan burung berkicauan
Aku merasakan keharmonian
Dengan deruan ombak dan titipan
sang burung berterbangan
Damai
Alangkah indah semua ungkapan
Tenang Damai dan Aman
Samada suratan @ kebetulan
Ianya akan melahirkan kebahagiaan
Insan
Adakah mungkin hilang idaman
untuk hidup dengan penuh penghayatan
dengan gabungan 3 patah perkataan
Tenang Damai Aman
Ketahuilah
semua di atas adalah ciptaan
dan anugerah ALLAH tiada ternilaikan
buat kita insan pilihan
Insan
Adakah mungkin ianya berkekalan
kalau semua inginkan kebebasan
sedangkan AGAMA menganjurkan
Syariat dan Peraturan
dalam menjalani sebuah kehidupan
Insan
Andai semua tiada batasan
Mana mungkin ada perbezaan
Binatang dan manusia di samaratakan
Itukah apa yang kalian mahukan??
Kerana hanya ia yang hidup tanpa peraturan
Insafilah wahai insan
Syukuri nikmat perberian tuhan
Risaulah andai tidak berpanjangan
Mungkin nanti kita kehilangan
Sebuah erti kehidupan
yang di sulami dengan
TENANG DAMAI dan AMAN
No comments:
Post a Comment